Wednesday, February 25, 2009

NILAILAH PERSONALITI KAMU...

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semaktarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing Jun 21-24 ~ Monyet

Januari 10-24 ~ Tikus Jun 25-30 ~ Kucing

Januari 25-31 ~ Singa Jul 01-09 ~ Tikus

Februari 01-05 ~ Kucing Julai 10-15 ~ Anjing

Februari 06-14 ~ Merpati Julai 16-26 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura Julai 27-31 ~ Kucing

Februari 22-28 ~ Harimau Ogas 01-15 `Monyet
bintang

Ogos 16-25 ~ Tikus Mac 01-12 ~ Monyet

Ogos 26-31 ~ Kura-kura Mac 13-15 ~ Singa

September 01-14 ~ Merpati Mac 16-23 ~ Tikus

September 15-27 ~ Kucing Mac 24-31 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing April 01-03 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet April 04-14 ~ Harimau Bintang

Oktober 16-27 ~ Kura-kura April 15-26 ~ Tikus

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang April 27-30 ~ Kura-kura
November 01-16 ~ Singa Mei 01-13 ~ Monyet


November 17-30 ~ Kucing Mei 14-21 ~ Merpati
Disember 01-16 ~ Anjing Mei 22-31 ~ Singa

Disember 17-25 ~ Monyet Jun 01-03 ~ Tikus

Disember 26-31 ~ Merpati Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memangtidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orangyang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akanmencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yangmenjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedihs ekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapiteman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikankamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarikperhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamukerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain.Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu.sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidaktentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamusukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu sukamempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatudengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampaktenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk!Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orangsekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian.Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamumemang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikankamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dandisenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orangsekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasaakan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurahjuga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihanpraktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-temanserta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamuadalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifatyang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Didalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamumudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamuini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawahharimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yangtidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu.Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabilateman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu sukaapabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapandengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiaplangkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepadakamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

6 comments:

Khairul Onggon said...

kmk singa huhuhuhu... siney ktk dpt tok aR_long??

deQ aRLonG said...

Ada kwn mek email kan ngn mek...:)..blh copy ke bg kerol..hehehe

Khaisya said...

long, ktk kenak jwb tag..copy kt blog kmk nun..harap maklum..mun sik d jwb, ktk kenak belanja kmk mkn aiskrim..mun jwb, ktk kenak berik kmk teddy bear..hahahah..

deQ aRLonG said...

aeh...di jwb kenak hukum..xjwb pun kenak wak.. hehehehe..ok mek copy.

Khaisya said...

saja jak nk bermanjak ngan ktk long..hehehe...

Shitsurei Shimashita said...

saya pun singga~ janganlah permainkan kami insan yg baik ni ...hehehehe :)