Thursday, April 16, 2009

Tauladan...

Cerita 1
Lebih kurang pukul 1.00 pagi pada malam minggu,ada la sorang mat rempit ni sedang menguji motor 125Z nya. Bunyi motornya punya la bising...
Dengan gaya ala-ala Wazi Hamid. Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek yg tua sedang melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek motornya mendadak...
Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut.
"Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macam mana?.sudah bosan hidup ke?!!
Nenek bodoh..!!!!,.selepas mat rempit itu habis menyumpah,
nenek tersebut cuma menjawab . "kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!"
Cerita 2
Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat.....

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih...
"Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... paling kurang pun macam Misha Omar ker..."
Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"
Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis"
Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'
Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang...

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."Pemuda : "Apa itu
Ustaz! ?"Ustaz : "BERCERMIN!"
Sayonara...:)

No comments: