Keinginan pada perempuan
umpama keinginan pada barang
sebelum dapat
rasa paling dicintai
bila dapat
yang lain pula kita minat...
Umpama juga bunga
yang hilang
wangi nya..
Selalunya perempuan diukur
pada rupanya
lelaki dinilai kewibawaannya...
Lelaki cepat dewasa
bila beristeri
bertambah cepat kalu isterinya tua
lagi cepat
bila isterinya seorang yang bijaksana..
Kaum wanita
usah bangga
dengan kecantikan
kerana ia hanya dicintai
oleh nafsu
tidak oleh akal dan hati...
Orang yang cepat kahwin
cepat pula dewasa
tapi bila masing2 buat perangai
cepatlah tua...
Nafsu menyatakan
perempuan cantik
atas dasar rupanya
Akal menyatakan
perempuan cantik
atas dasar ilmunya
dan kepandaiannya
Dan hati menyatakan
perempuan cantik
atas dasar
akhlaknya....




