Sunday, March 29, 2009

Telekom Punya Pasal....

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membuka satu pejabat baru. Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business. Tak tahu lah business apa, nanti aku tanya..!!

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya. Ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu. Almarinya, stationerynya la, tong sampahnya la, dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon…!!

Dia ni boss kat pejabat tu. Selepas mengemas bilik pejabat, dia pun releks laaa kat dalam opis dia tu. Ye laaa boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni…!! Tiba-tiba pintu pejabat diketuk dari luar. Ah!!. Mesti pelanggan datang ni. Lalu disuruhnya orang yang mengetuk pintu tu masuk. Masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar, juta2x. (Yo deh nunjuk tek nak.)

Pura-pura kat depan orang yang datang tadi. Orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa. Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi, Errr!… maaflah, sibuk sikit. Maklumlah projek tu projek ni tak boleh nak biar. Kena arrange appointment dengan client.

So, boleh saya bantu??

Dengan selamba pelanggan itu kata…

“Err…encik…saya ni dari Syarikat Telekom… datang nak sambung talian talipon…!!”

Thursday, March 26, 2009

HAKIKAT PERKAHWINAN....

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan , hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan ? cuba kita lihat ... dan manakah
pilihan kita ???


-> Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan .
-> Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup .
-> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
kerepot atau badan jadi gendut .
-> Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak .
-> Jika hakikat pernikahan adalah ! kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .
-> Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik , lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
-> Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

Thursday, March 19, 2009

PETUA MENCUCI HATI

salam...

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi... Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
selamat beramal..
wassalam..

Wednesday, March 11, 2009

9 Tanda Pastikan Si Dia Suami Orang

1..Apabila berbual dgn anda, matanya x memandang wajah anda kerna takut pembohongan nya dikesan.

2..Ketik sedng berjalan-jalan dgn anda, matanya liar memerhati sekeliling kerana dia khuatir terserempak dgn rakan isterinya atau saudara mara.

3..Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerna sering tdk dpt di hubungi..

4..Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka dan makan di tempat yang sulit dan tersembunyi..

5..Sama sekali tidak akan mengajar anda datg ke rumahnya untuk bertemu dgn kedua org tuanya..

6..dalam keretanya ada tanda kehadiran budak kecil spt patung , selipar,puting ataupun tompok berbau susu di kusyen kereta...

7..Apbila bersembang tentang wanita, pengetahuan nya luar biasa kerna dia pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dgn wanita..

8..Perutnya buncit atau boroi kerna makan dan minum nya di jaga oleh isteri yang baik dan setia di rumah..

9..Apabila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawab nya selepas melihat nombor yang terpapar kerna yang menelefon ialah isterinya...



sekadar renungan untk semua.. jd berhati2 lah memilih pasangan..:)

Tuesday, March 3, 2009

bersyukur lah..

Subahanallah....

indah nya kebesaran Tuhan yn maha Esa...
tuk gambar gerhana yng terjadi tahun 2008. betapa tuhan itu maha berkuasa..
kita harus bersyukur dgn nikmat Allah swt..
Ingatlah yang hidup pasti akan kembali..dunia hanya tempat persinggahan..

bangun pagi, bukan bererti pasti, blh tidur kembali pada malamnya...
mungkin kita akan tertidur...untuk selamanya di siang hari...

tidur malam, bukan bererti pasti boleh bangun di pagi hari...
mungkin akan tidir buat selamanya...


justeru persiapkan diri, dgn bekalan yng secukupnya...
buat kehidupan sebenar selepas kematian...









unik...

kiut x?...
tuk mek pun pin tudung n sepit rambut teddy bear...
antara mek pun koleksi teddy bear...
mek pun xtauk kenak mek gilo ilak ngn teddy bear..
mun nak d pikir2..xwak da hasil nak..
p tuk lah ku pun minat..asal da teddy jak..
nak induk ati jak bah..saja suka2..:)..
mesti ktk urg da teman busuk pakai tido nak..
tuk lah teman tido ku..lamak wak dah ku jemur nye tauk..
blh tahan wak wangi nye...hhehee...so nice...

kehilangan

salam....

buat khairul antasha...:).
kehilangn memang satu keperitan...
dan merangkap banyak maksud..
aku pernah kehilangn insan yg amat ku sayang...
kerna kehilangn mengajar manusia erti kesabaran dalam hidup...
kita harus tabah menghadapinya..

sayonara...